hai!

sehat?

mulai hari ini untill when-when ‘bias ludah ke langit’ akan berpindah ke blogspot.

http://www.biasludahkelangit.blogspot.com/

sekian, terima kasih.

ailebiutu!

Bookmark and Share

promosi ‘mimpi’

May 17, 2009 | | 6 Comments

mimpi : dunia gelap

anjuran : paradoks

tarikh :19 julai 2009

tempat : laman budaya shah alam

masa : 8.30 malam

acara : puisi, akuistik, pembacaan entri, permainan teater.

untuk pertanyaan lanjut : aloy 012-6293327, adam 017-3288562, reza 013-2001097

nota kaki : datang lah beramai-ramai memeriah kan acara. tak nak datang pun takpe, kurang sikit saingan. kepada awek-awek cun, kehadiran adalah di wajib kan!

Bookmark and Share

wenger : tahniah lah…

fergie : ya. timasey sebab bagi jek piala tuh. senang-senang, bagi lah lagi ya?

Bookmark and Share

perihal bola

May 15, 2009 | | 4 Comments

2a1

petang itu ada perlawanan persahabatan antara 2a1 dan 2a2.

semua pemain-pemain di minta berada di padang tepat jam 5.30 petang. saya juga wajib berada di padang. time itu saya demam. tapi demi melihat kekalahan pasukan sendiri saya gagah kan diri memberi kan sokongan kepada pihak lawan.

kedua-dua pasukan memang rival dari dulu. kelas pun sebelah-sebelah. saya dapat lihat kedua-dua pasukan asyik melaku kan persiapan terakhir sebelum perlawanan di mulakan.

Kamel?

2a1 kekurangan seorang pemain. Kamel tidak muncul-muncul. perlawanan sudah mahu di mulakan. kapten pasukan 2a1 mula kecoh-kecoh. pemain-pemain 2a1 mula memandang saya. saya geleng dan memegang dahi tanda demam.

dari jauh Kamel datang sebelum wisel permulaan di tiup.

pemain-pemain kedua-dua pasukan mula bercakap sesama sendiri.

saya tahan gelak.

“apsal kau pakai seluar hawaii bunga-bunga nie?”

“aku takder seluar lahhhhh…”

Bookmark and Share

hilang fokus

May 14, 2009 | | 8 Comments

sabtu malam

seperti biasa aliffie sepasukan akan bersukan di gelanggang futsal.

pukul 12

aliffie sepasukan sudah siap-siap membuat regangan ringan untuk memanas kan badan bagi mengelakkan kecederaan sewaktu beraksi.

aliffie akan menjaga gawang.

macam selalu.

malam itu salah seorang rakan sepasukan aliffie membawa makwe nya. makwe tersebut memakai beg tali silang. aliffie nampak. sebab itu aliffie tahu.

perlawanan di mulakan.

gol! gol! gol!

gol! gol! gol!

malam itu aliffie sepasukan kalah teruk. entah berapa gol berbalas dua.

semua nya silap aliffie.

jiwa aliffie tiada di dalam permainan.

“kenapa kau pakai beg tali silang!!!?? kenapa!!!??”

Bookmark and Share

lima

May 12, 2009 | | 13 Comments

sejak akhir-akhir ini aku selalu pulak melepak dekat kedai tom yam brother kelantan ni.

mamak sudah tidak bermakna lagi.

setelah aku sedut madu nya, sepah aku buang merata-rata. sukati aku lah nak lepak dekat mana pun? kau mamak.

kau mana tahu?

aku suka lepak sini kerana beberapa faktor. satu, waitress dier cung! monggeng besa duu… satu lagi, kerana brother kelantan itu funny.

“oda be?”

“teh ‘o’ ais limau satu. makan, tak nak.”

“okeh! tey ‘o’ beng lima..”

“satu jek lah! saper nak minum banyak-banyak!?”

Bookmark and Share

jangan…

May 11, 2009 | | 8 Comments

Amri tersengguk sengguk di hujung beranda beratap nipah.. Mata kuyu kuyu layu. Rokok gulung mula sampai ke puntung, jari terasa panas… Rokok gulung terlepas.. jatuh ke tanah.
Mata Amri rasa terlalu berat untuk dibuka, rasa kelopak matanya tebal bersimen. Jika tak ditunggu habis durian dikebas orang. Jika ditunggu badan binasa diratah nyamuk. Diperosok pondok membukit sebakul durian, hasil yang gugur sedari maghrib tadi.

PAP! PAP!

“celaka kau nyamuk? gigit lah buah durian tuh! aku jugak yang di gigit nya?” Amri mengibas-ngibas tangan menghalau nyamuk.

sabut kelapa yang di bakar nya sedari tadi sudah tidak
efektif lagi.

“hoi! tunggu durian ker!!” Udin besi tiba-tiba muncul entah dari mana.

“taaaakkkk…aku tengah tunggu bas nak pegi pekan nie…kejap lagi sampai lah tuh…” Amri mengensot memberi ruang buat Udin besi.

Malam semakin gelap.
Mata Amri menjadi semakin merah tanpa disedari sesiapa.
Mungkin kerana terlalu asyik melihat bulan mengambang?

Mungkin?

Amri terasa tak sedap badan.
Udin besi yang terbaring di sebelahnya nampak begitu menyelerakan.

Sarip berjalan pulang ke arah mereka.
Seluar pendek yang dipakainya kelihatan sedikit basah pada bahagian zip.
Baru lepas buang air agaknya.
Sesampainya Sarip di situ, beliau terperanjat melihat Amri berubah menjadi makhluk bermuncung panjang dan bersayap nipis sedang leka menggigit dahi Udin besi.

‘Nyamuk jadian dalam legenda?!’ Sarip menunjukkan gaya terkejut yang stereotaip dan tipikal.

Jeng jeng jeng!!!

Sarip kaget, terpempan tidak berganjak.. terasa cecair putih yg dibuang tadi mula terkeluar sedikit. Akibat ketakutan barangkali, maka sisa baki itu tertunjal menujah. Mata dipejam pejam namun masih tidak mahu tidur. Kerana jika terasa takut dirumah kala seorang dia akan terus tidur.

La macam mana nak tidur kalau berdiri. Maka dia pun berbaring… bagi melenakan mata lagu Dayang Nurfaizah bertajuk “Dayang Sayang Kamu” didendang perlahan.

Tak jadi tidur! Mana boleh tidur! Bodoh betul! Macam sial….member kene baham dek nyamuk gergasi die boleh nak tidur pulak.. Otak meligat memikirkan cara bagaimana untuk menghapuskan Nyamuk Gergasi itu,,,

Pantas Sarip menghalakan kaki kebelakang pondok mencari cangkul..
La celake betul,, cangkul tinggal kat kebun petang tadi… botol mineral kosong banyak la….

Tanpa berfikir langsung Sarip lantas mengambil botol air mineral Tesco yang kosong dan simpan dalam poket.
Boleh juga buat simpan air oren bulan puasa nanti fikirnya.
Beliau lantas kembali ke arah Udin besi dan Amri.

‘Woi! Lu hisap darah solo-solo je yek? Tunggu la gua sekali!’ Kata Sarip dalam bahasa nyamuk.

“isap darah aper setan?! asal weng kau datang sini, asal weng jek, kau datang sini. bawak-bawak bertobat Sarip oii…” jerit Amri kepada Sarip.

“owhh…sori…sori…haha! gua weng lah beb! gua nampak lu macam nyamuk tadi…tunggu durian ker?” Sarip duduk di tangga pondok.

“sekor lagi? takkk…aku tunggu pengumuman hari raya nie. kejap lagi diorang announced lah tuh.” Amri masih lagi mengibas-ngibas nyamuk yang menyerang.

“Assalamualaikum Amri…”haji Kahar memberi salam.

“waalaikumsala….” jawab salam Amri terhenti.

Amri dapat lihat Anep basikal, Man bomba, Kiah nasik lemak, Eton, Sufiyan tempe, Y.B Salleh , Usup skodeng , Khairul sampan, Mat, Abdul Ghuyyub dan abang Sidi kelapa datang bersama haji Kahar.

“apsal datang ramai-ramai ni aji?” Amri pelik.

“owhh…si Udin besi cakap kat kitorang petang tadi, kau nak belanja makan durian. maner nyer?” Haji Kahar bersuara.

“owh…time umah saya roboh ituari, sekor pun takder nak tolong naik kan balik kan? time makan? satu kampung datang. yerlah…yerlah…naik. naik. kopek lah sendiri durian sebakul tuh. memang saya tunggu untuk durian ni untuk orang kampung pun. bukan untuk jual. sebab saya orang kaya. gaji ribu-ribu sebulan.” Amri hulur parang pada Haji Kahar.

malam itu, Amri di tidur dilokap kerana di tangkap mencedera kan Udin besi dengan kulit durian.

nota kaki : aloy paradoks + dark ray + syndrome = serabut

http://aloyparadoks.blogspot.com/ + http://tanpabukti.blogspot.com/ + http://aliffie.blog.friendster.com/ =

http://aloyparadoks.blogspot.com/http://tanpabukti.blogspot.com/

http://aliffie.blog.friendster.com/

Bookmark and Share

waktu itu…

May 9, 2009 | | 3 Comments

waktu itu waktu PAFA.

yang penting waktu itu petang. saya dan Arman leka bermain bola pembaris. tak tahu bola pembaris? yang pakai duit syiling sepuluh sen tu. pembaris tuh ketik-ketik guna hujung pen. tak tahu? lantak kau lah.

oh ya? Arman deskmate saya.

waktu itu ustazah Zubaidah sedang menyoal rakan-rakan sekelas tentang hukum itu, surah ini, doa itu dan niat ini. giliran saya lambat lagi. lalu saya bermain bola pembaris. tak baik membazir masa. membazir amalan syaitan.

“Aliffie! bangun, baca niat puasa.”

“aaa…? nawaitu…rof’alhadasil akbari fardhu lillahhi Taala…”

GOL!!!!

fakta : gerakan refleks akan terjadi secara automatik, sekira nya perkara itu di laku kan secara berulang-ulang.

Bookmark and Share

perbualan aliffie terhenti.

mata aliffie dapat menangkap sepasang kurung kuning berbunga hijau memesan makanan tidak jauh dari table aliffie. si kurung kuning itu duduk betul-betul bertentangan dengan aliffie.

aliffie terpana.

apa sahaja yang di bincang kan oleh tali barut- tali barut semua bagai kan bunyi unggas sahaja di telinga aliffie. tidak ada daya menangkap biji butir nya. waktu itu, makan nasi rasa kertas. makan kertas, rasa nasi. pelik!?

serba tidak kena.

aliffie diam.

mata nya hanya kepada si kurung kuning.

mata mereka bertemu.

“hai…awak free tak lepas makan nie? jom kahwin dengan saya?”

“kencing pun tak lurus lagi? ada hati nak ajak kita kahwin?”

kurung kuning mengalih kan pandangan mata.

tapi aliffie masih lagi mencuba. di renung nya lagi si kurung kuning dalam-dalam.

mata mereka bertemu lagi.

“okey…okey…saya daring sangat tadi, maaf. saya aliffie, awak?”

“maaf di terima…makan?”

“tak…tak boleh makan. saya dah kenyang tengok awak…” aliffie senyum.

si kurung kuning hanya senyum. kemudian buat-buat sembang dengan rakan-rakan nya.

“bro, rokok sebatang?”

“ha!? aper? oowwhh… ha’ah! ha’ah! amek! amek! memang aku beli untuk kau pun…” lamunan aliffie terhenti.

mana si kurung kuning? mata aliffie meliar mencari.

si kurung kuning sudah jauh meninggal kan aliffie dengan seribu kenangan indah.

“bila boleh kita ketemu lagi ya?”

Bookmark and Share

“apsal you senyum-senyum nie?”

“takder! takder aper-aper! sajer suker…tak boleh?”

“tengok tuh? senyum-senyum lagi? kenapa? cerita lah!”

“takder paper lah! hiisssyyhhh…makan ayam tuh!”

“okeyh…”

“hehehehe…i tak tahan tengok misai you. haha! macam saddam Hussein! haha!”

“jaaaaaahatttttttt!!!!”

peringatan : jangan! di ulangi! jangan buat lawak ini ketika ayam masih di tangan nya.

Bookmark and Share